nuffnang

Search This Blog

Monday, September 15, 2008

Vitamin D Dari Matahari


Salam sejahtera dan salam muhibbah kepada pelawat creamstudents.com. Apa khabar ? saya harap anda semua ceria disamping dapat menjalani kehidupan seharian yang berbagai ragamnya.

Jika anda seorang pelajar sekolah atau seorang penuntut IPT, adakah anda pernah mendengar satu ungkapan yang mengatakan “Anak-anak murid…kalau nak vitamin D, anda boleh berjemur bawah matahari” atau “mat…matahari pagi2 ni baik sikit, ada vitamin D”. Adakah anda pernah terserempak dengan fenomena seperti yang saya sebutkan di atas ?

Jika anda pernah mendengar ungkapan di atas, tahukah anda bahawasanya, matahari atau cahayanya tidak memiliki sama sekali vitamin D seperti yang didakwa oleh mereka yang berada disekeliling anda. Mahukah anda tahu apakah sumber sebenar vitamin D ?

Ilmu ini saya dapat dari pensyarah saya dan saya rasa, wajar dikongsikan bersama-sama dengan anda semua agar salah faham yang saya atau segelintir dari kita pernah alami diperbetul dengan ilmu yang sempurna.

#Dari mana Datangnya Vitamin D ?

Vitamin D sebenarnya merupakan sejenis hormon dan ianya boleh dikatakan kurang menyerupai vitamin. Ini kerana, ia boleh disintesis oleh kulit kita. Ianya hanya diperlukan melalui pemakanan tambahan ketika sinaran matahari tidak mencukupi untuk menghasilkan vitamin ini. Fungsi utama vitamin D ini adalah untuk mengaturcara penyerapan kalsium serta homeostasis.

Jika seseorang itu kurang terdedah kepada cahaya matahari, antara bahan makanan yang boleh menyediakan Vitamin D tambahan adalah seperti ikan yang berminyak tinggi, kuning telur, serta hati.

Vitamin D ini sebenarnya berasal dari 7-Dehydrocholesterol iaitu sejenis bahan perantaraan yang terkumpul di bawah kulit kita serta diperlukan untuk menghasilkan kolesterol di dalam badan.

#Bagaimanakah Vitamin D Boleh Terhasil ?

7-Dehydrocholesterol (yang berada dibawah permukaan kulit) mengalami satu tindak balas berikutan terdedahnya kulit kepada sinaran UV daripada matahari, dengan menghasilkan produk yang dinamakan previtamin D. Previtamin D ini seterusnya menjalani beberapa tindakbalas selama beberapa jam sebelum terhasilnya cholecalciferol, yang mana akan disalur ke dalam aliran darah.

Cholecalciferol ini, samaada dihasilkan oleh kulit ataupun disintesis daripada pemakanan kita, akan menjalani 2 proses hydroxylations untuk menghasilkan 1,25-dihydroxyvitamin D atau nama lainnya calcitriol. Calcitriol inilah yang kita kenali hari ini sebagai Vitamin D.

Selain daripada proses diatas, calcitriol juga boleh disintesis daripada tumbuhan iaitu daripada ergosterol.

No comments:

BlogMalaysia.com