nuffnang

Search This Blog

Tuesday, September 23, 2008

Khasiat Lada Hitam: Pandangan Homeopati


Artikel mengenai khasiat lada hitam menarik perhatian saya untuk memberi sedikit maklumat tambahan. Ini adalah kerana ia turut merupakan bahan yang telah disediakan sebagai penawar homeopati sejak homeopati diperkenalkan pada awal abad ke sembilan belas. Bagaimanapun, ia tidak merupakan remedi utama dalam senarai remedi-remedi homeopati yang biasa dikenali dan diajarkan kepada penuntut-penuntut homeopati.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi khasiat dan penggunaan secara herba berbanding homeopati, di sini saya ingin berkongsi idea tentang simptom-simptom yang mungkin boleh mencetuskan idea ke arah pengumpulan maklumat yang lebih lengkap mengenai khasiat perubatan bahan rempah ratus ini.

Satu perkara yang jelas ialah kegunaan sesuatu bahan dalam perubatan herba lebih banyak berasaskan pengalaman. Akhir-akhir ini, apabila ia dibawa masuk ke makmal, banyaklah bukti-bukti saintifik dikemukakan bagi menyokong penggunaannya. Demikianlah halnya dengan lada hitam.Nama saintifik lada hitam iaitu , sebenarnya juga merupakan nama remedi homeopati yang selalunya dikekalkan dengan nama asalnya. Sesuai dengan sebutan “lada hitam”, ia juga lebih mudah dikenali atau dicamkan apabila disebut “black pepper”. Jenama ini bernilai komersil baik di peringkat pasar malam maupun pasar raya.

Salah satu khasiat yang disebutkan di dalam Utusan Malaysia (9 April 2002) terdahulu ialah kemampuannya mengubati pening kepala. Pernyataan yang umum itu memang biasa dengan tabiat merawat yang mengidentifikasikan ubat dengan jenis sakit atau penyakit. Tetapi hal ini sebenarnya diberikan dengan agak terperinci di dalam materia medika homeopati.

Mengikut Dr. W. Boericke, simptom sakit kepala Piper nigrum ialah sakit kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.Sebahagian simptom yang dinyatakan di atas agak terperinci berbanding setakat penyataan sakit kepala. Ini adalah justeru para penguji remedi homeopati mencatat dengan halusi dan terperinci setiap simptom yang dirasakan ketika menguji satu-satu bahan.

Selain daripada sakit kepala, terdapat beberapa simptom lain yang mungkin berhubungan dengan kegunaannya dalam perubatan herba, Antara catatan yang boleh dipetik daripada materia medika Boericke ialah kegunaan Piper nigrum dalam kes-kes gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagi sesetengah kes dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada.

Tentang kegunaannya sebagai ubat melawaskan kencing, keterangan simptom dalam perubatan homeopati yang boleh membantu menunjukkan kesesuaiannya ialah apabila terdapat simptom-simptom berikut: rasa membakar di dalam pundi dan saluran kencing, sukar untuk kencing, ataupun bila pundi kencing rasa penuh dan membengkak. Pesakit mungkin timbul rasa hendak kencing tetapi kerapkali kencing tidak keluar.

No comments: