Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda pelawat creamstudents.com yang saya hormati. Adakah pada masa ini anda sihat dan dapat melakukan aktiviti harian anda dengan tenang ? Atau anda kurang sihat sihat pada ketika ni ?
Bagi diri saya, apabila sesiapa menyebut tentang kesihatan, saya akan terbangkan memori saya kembali kepada kisah Nabi Ayub Alaihi Salam yang mana ketika baginda ditimpa penyakit yang sangat teruk. Penyakit ini begitu teruk sehinggakan yang tinggal dibadannya adalah lidah dan hati untuk mengingati Allah SWT.
Semua anak2nya dimatikan, harta2nya di musnahkan dan isteri2nya melarikan diri kecuali seorang. Bagi Nabi Ayub, semua dugaan yang menimpa dirinya adalah ujian dari Allah untuk menguji ketaatan dan kesabaran hamba-hambaNya yang terpilih.
Tika isterinya merungut tentang tahap kesihatan Nabi Ayub AS yang kian lama kian menurun, saya tertarik dengan persoalan yang Nabi Ayub lafaskan kembali…
“Berapa lamakah kita hidup senang, dan berapa lamakah pula kita hidup menderita ?”
Sememangnya bila kita menghidapi penyakit, kita perlu berusaha mencari penawarnya. Itu merupakan fitrah bagi kita manusia. Tapi bagi mereka yang cekal dan dipilih oleh Allah SWT, kesakitan itu lebih disukai daripada kesihatan kerana dugaan kesakitan itu lebih mendekatkan dirinya kepada Tuhan manakala dugaan kesihatan itu rata2nya akan menyebabkan manusia jauh dari mengingati Tuhannya.
Disini, suka saya membawakan sedikit petua kesihatan untuk anda :
- Ikan merupakan makanan yang baik, penuh dengan nutrien, tetapi malangnya, ia juga mengalami pencemaran badan dan boleh menjadi sumber logam berat, jadi pakar pemakanan sedunia menghadkan pengambilan ikan tidak lebih dari dua kali seminggu.
- Minyak zaitun dan kanola(sumber omega3) merupakan minyak masak terbaik kerana ianya mengandungi tahap tertinggi lemak tidak tepu.
- Lelaki dan wanita yang berumur melebihi 50 tahun mestilah mengelak daripada paras zat besi terlalu tinggi dalam tambahan pemakanan mereka. Cari multivitamin dan mineral tambahan yang mempunyai tidak lebih dari 5 mg zat besi
- Semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah paling berkhasiat apabila dihidangkan secara mentah. Cara memasak yang terbaik adalah dengan mengukus dengan menggunakan air yang sedikit.
- Nutrien buah-buahan serta sayur-sayuran kebanyakannya tersimpan dibawah kulit, jadi elakkan mengupas kulit jika mungkin.
Kesimpulannya : sama-samalah kita menjaga kesihatan yang tidak tahu sampai bila ia akan terus sihat.(^_^)
No comments:
Post a Comment