Kedua-dua penyakit ini terjadi akibat daripada kurangnya kuantiti kalsium serta fosfat di dalam tulang atau dengan kata lainnya tulang yang lembut.
Bagi mereka yang menghidap penyakit Riket. Penyakit ini disebabkan oleh ketidaknormalan penambahan mineral seperti kalsium dan fosfat semasa pembentukan tulang terjadi. Tulang belakang mereka yang menghidap penyakit riket ini selalunya akan menjadi lembut dan seterusnya bengkok.
Jika senario ini berlaku ketika kanak-kanak ini baru mula berjalan, kaki mereka akan melentur akibat daripada tekanan yang dibuat oleh berat badan mereka terhadap kedua-dua belah kaki mereka. Anda boleh melihat gambar kanak-kanak disebelah ini sebagai contoh.
#Kesimpulannya ?
Apa yang saya hendak katakan disini adalah, Vitamin D itu bukannya datang dari cahaya matahari atau matahari itu sendiri. Cahaya matahari mengandungi sinaran ultraungu yang bertanggungjawab untuk menjadi pemangkin kepada proses penghasilan Vitamin D.
No comments:
Post a Comment