nuffnang

Search This Blog

Thursday, September 25, 2008

Timun




Timun atau Cucumis sativus yang berasal dari Assam dan Burma { World Vegetables, Mas Yamaguchi,1983} dan mula di tanam di India. Timun adalah ramuan wajib dalam beberapa jenis makanan di Malaysia seperti laksa, rojak dan sebagainya. Ia tumbuh secara menjalar dan biasanya daun akan melilit pada junjung. Daunnya berbentuk tiga segi manakala bunganya berwarna kuning.

Timun sebenarnya kaya dengan mineral. Analisis yang dijalankan setiap 100 gm timun mengandungi 96.3 peratus lembapan, 0.4 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 0.3 peratus mineral, 0.4 peratus serat dan 2.5 peratus karbohidrat. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, besi, tiamina, niasin dan vitamin C dan mempunyai alkali 64.05 peratus serta asid 35.95 peratus.

Khasiat Timun

Banyak khasiat dan penawar ada padanya. Ia dianggap dapat menyejukkan badan. Ia juga mampu mengekalkan kandungan alkali yang terdapat dalam darah kita. Jika terdapat masalah sembelit, ia akan dapat diatasi dengan memakan timun setiap hari.

Jus dalam timun mujarab untuk merawat gastrik, ulser duodenal serta kandungan asid yang tinggi . Ia hendaklah diminum 120 hingga 180 ml jusnya. Ia segera memberikan kelegaan pada perut. Jika jus di campur dengan lobak merah, saleri dan bit, ia dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan asid urik seperti gout, neumatik dan artritis. Bijinya kaya dengan potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Jusnya dapat merawat kudis pada kulit. Untuk kesan yang lebih, jusnya hendaklah di campur dengan lobak merah dan salad. Parutan timun pula digunakan untuk rawatan kecantikan dimana ia merupakan tonik untuk menyerikan wajah. Jika selalu digunakan, ia dapat mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kedutan serta kulit kering.

No comments: