nuffnang

Search This Blog

Wednesday, October 8, 2008

Kasih Sayang dan Kesihatan

Percaya tak kalau saya kata kasih sayang boleh membuat seseorang itu kekal sihat? Percaya atau tidak itulah hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh beberapa pakar kesihatan. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kasih sayang dapat memberi kekuatan kepada sistem imun, pertahanan badan daripada serangan penyakit.

"Apabila anda merasa diri dikasihi, ditatang, dijaga atau dibantu, kemungkinan besar anda akan hidup lebih sihat dan gembira," kata Dr. Dean Ornish. "Anda mempunyai risiko rendah mendapat penyakit dan, jika anda mendapat penyakit, mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh".

Ini pula pengalaman seorang doktor di Malaysia:

"Seorang wanita berusia pertengahan 30 tahun datang berjumpa saya kerana masalah asma. Beliau tidak pernah mendapat asma sebelum ini. Apabila saya periksa, saya dapati beliau mempunyai gejala asma bronkus. Saya berikan dia ubat asma dan meminta dia datang semula dalam masa seminggu untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas seminggu saya dapati tiada perubahan dan saya memberinya ubat lain. Seminggu kemudian dia datang lagi, juga tiada apa-apa perubahan. Nafasnya masih lagi berdesit bunyinya.

Saya bertanya apa yang berlaku sebelum beliau mendapat asma dan beliau terus menangis...

Rupanya beliau telah keguguran dua minggu sebelum mendapat serangan asma. Beliau menyalahkan diri sendiri di atas apa yang telah terjadi. Untuk memburukkan lagi keadaan, suami beliau enggan bercakap dengan beliau selepas kejadian itu.

Saya membiarkan beliau meluah perasaan dan kesedihan beliau.Sehelai demi sehelai tisu dihabiskannya. Kemudian saya beri keyakinan bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Sebulan kemudian beliau kembali ke klinik saya dan memberitahu asma beliau telah hilang walaupun beliau tidak memakan ubat yang diberikan. Semua gejala asma hilang selepas konsultasi terakhir dengan saya."

Ini bukannya satu-satu kes yang ditangani oleh doktor tersebut. Beliau mendapati ramai lagi pesakit yang mempunyai masalah serupa dan memperolehi hasil yang serupa.

Oleh itu, berilah kasih sayang kepada yang memerlukan. Ia adalah hadiah yang tak ternilai harganya.

Tuesday, October 7, 2008

Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

Monday, October 6, 2008

Jus Jambu: rawat demam denggi berdarah


Tahukah anda manfaat jus jambu? Apatah lagi ketika keadaan cuaca dan musim hujan yang tidak menentu sering mengundang pelbagai penyakit. Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit demam denggi. Demam denggi ialah penyakit yang diakibatkan oleh virus denggi. Virus ini masuk ke dalam darah dan menyerang dinding darah melalui gigitan nyamuk. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan terjadinya pendarahan pada organ tubuh lain seprti ginjal, paru-paru dan akan mengakibatkan muntah darah. Untuk itu, pada tahap awal, virus dalam badan perlu dineutralkan untuk melawan penyakit agar mendapat daya tahan tubuh yang baik. Jus buah jambu ini dianggap dapat mengubati penyakit yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Ini kerana ,jus jambu adalah kumpulan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C yang mampu menghasilkan daya tahan tubuh untuk melawan virus denggi. Ketahui simptom demam denggi berdarah.

  • Demam mendadak
  • Demam disertai kemerahan pada wajah dan leher serta muntah. Timbul pendarahan, baik dari gigi, mulut, hidung, kulit atau tinja(najis)

Thursday, September 25, 2008

Khasiat Peria




Peria atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di pasar-pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua. Pokok peria mudah didapati di negara-negara beriklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Lanka, Malaysia dan Filipina.
Pokok peria biasanya tumbuh menjalar seperi pokok timun. Jika diperhatikan sepintas lalu, ia seakan-akan serupa tetapi yang membezakan adalah daunnya dimana daun peria agak kecil berbanding timun. Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.

Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.

Timun




Timun atau Cucumis sativus yang berasal dari Assam dan Burma { World Vegetables, Mas Yamaguchi,1983} dan mula di tanam di India. Timun adalah ramuan wajib dalam beberapa jenis makanan di Malaysia seperti laksa, rojak dan sebagainya. Ia tumbuh secara menjalar dan biasanya daun akan melilit pada junjung. Daunnya berbentuk tiga segi manakala bunganya berwarna kuning.

Timun sebenarnya kaya dengan mineral. Analisis yang dijalankan setiap 100 gm timun mengandungi 96.3 peratus lembapan, 0.4 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 0.3 peratus mineral, 0.4 peratus serat dan 2.5 peratus karbohidrat. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, besi, tiamina, niasin dan vitamin C dan mempunyai alkali 64.05 peratus serta asid 35.95 peratus.

Khasiat Timun

Banyak khasiat dan penawar ada padanya. Ia dianggap dapat menyejukkan badan. Ia juga mampu mengekalkan kandungan alkali yang terdapat dalam darah kita. Jika terdapat masalah sembelit, ia akan dapat diatasi dengan memakan timun setiap hari.

Jus dalam timun mujarab untuk merawat gastrik, ulser duodenal serta kandungan asid yang tinggi . Ia hendaklah diminum 120 hingga 180 ml jusnya. Ia segera memberikan kelegaan pada perut. Jika jus di campur dengan lobak merah, saleri dan bit, ia dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan asid urik seperti gout, neumatik dan artritis. Bijinya kaya dengan potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Jusnya dapat merawat kudis pada kulit. Untuk kesan yang lebih, jusnya hendaklah di campur dengan lobak merah dan salad. Parutan timun pula digunakan untuk rawatan kecantikan dimana ia merupakan tonik untuk menyerikan wajah. Jika selalu digunakan, ia dapat mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kedutan serta kulit kering.

Wednesday, September 24, 2008

Kobis





Kobis atau nama sainsnya Brassica oleracea yang berasal dari pertengahan Mediterranean ( Ibid :hlm 5 ) . Pokoknya rendah sahaja , mempunyai batang yang lembut dan hanya dilitupi oleh dedaun hijau. Ia memerlukan masa yang agak panjang untuk mengeluarkan putik kobis. Selang beberapa bulan barulah ia boleh dipetik dari pokoknya.

Kobis menjadi kegemaran rakyat seluruh dunia. Sesetengah orang berpendapat bahawa namanya ( cabbage ) berasal dari perkataan Latin di zaman Rom Purba yang membawa maksud ‘kepala’. Sungguhpun ia adalah sejenis sayuran, namun terdapat banyak nilai perubatan daripadanya. Ia telahpun diceritakan sejak berzaman oleh Hippocrates, Aristotle dan Pliny. Pada masa itu, orang Rom menggunakan kobis untuk mengubati sakit kepala, insomnia, memberhentikan pendarahan pada kulit dan mengurangkan sakit ketika bersalin.

Khasiat Kobis

Pada masa ini , perubatan moden telah menyokong pendapat lama tersebut. Para saintis telah membuktikan bahawa kobis mempunyai bahan yang menambahkan kekalisan tubuh manusia dan memberhentikannya menjadi tua sebelum masanya. Kobis kaya dengan vitamin C daripada epal, pir dan pisang. Dengan hanya memakan sejumlah 20 gram kobis mentah sudah cukup menampung keperluan harian vitamin C untuk orang dewasa.

Eleman mikro yang terdapat pada kobis menentukan metabolisme yang sungguh bernilai kepada manusia semasa mengharungi usia. Ia juga penting untuk pertumbuhan organisme kanak-kanak. Sesetengah daripada kompenan yang terdapat pada kobis dapat mencegah tompok-tompok pada dinding vaskular dan mengurangkan batu pada buah pinggang.

Selulosa pada kobis amat berguna untuk kesihatan manusia. Pertamanya ia menghapuskan kolesterol dan dapat mengawal arterosklerosis. Di samping itu ia juga mencegah penerimaan karbohidrat yang berlebihan dan secara tidak langsung mengawal diabetes. Dedaun hijau kobis muda sangat berharga kepada sesiapa yang menghidap anemia kerana ia mempunyai jumlah vitamin yang paling banyak.

Satu lagi bahan yang berharga terdapat pada kobis ialah asid tartronik. Ia menghalang penukaran gula dan karbohidrat manakala yang lain menjadi lemak. Maka ia sesuai untuk amalan menjaga berat badan dengan hanya memakan salad kobis setiap hari. 100 gram kobis menghasilkan hanya 30 kilokalori. Dengan mempunyai nilai kalori yang minima ini, kobis mempunyai nilai biologi yang maksima. Sebagai tambahan, ia menghasilkan perasaan kenyang yang berpanjangan dan mudah di hadam.

Para doktor mandapati bahawa jus kobis segar membantu menyembuhkan ulser perut dan duodenal serta mengubati gastrik. Para saintis juga dapat mengasingkan kompenan baru dari kobis segar yang mengandungi faktor anti ulser.

Buah Naga @ Pitaya


Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ialah tanaman baru yang belum diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain. Buah naga berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar dan pengeksport utama dunia untuk buah naga.

Kebaikan Penanaman Buah Naga

1. Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga.

2. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.

3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.

4. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.

5. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.

6. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).

7. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar.

Tuesday, September 23, 2008

Khasiat Lada Hitam: Pandangan Homeopati


Artikel mengenai khasiat lada hitam menarik perhatian saya untuk memberi sedikit maklumat tambahan. Ini adalah kerana ia turut merupakan bahan yang telah disediakan sebagai penawar homeopati sejak homeopati diperkenalkan pada awal abad ke sembilan belas. Bagaimanapun, ia tidak merupakan remedi utama dalam senarai remedi-remedi homeopati yang biasa dikenali dan diajarkan kepada penuntut-penuntut homeopati.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi khasiat dan penggunaan secara herba berbanding homeopati, di sini saya ingin berkongsi idea tentang simptom-simptom yang mungkin boleh mencetuskan idea ke arah pengumpulan maklumat yang lebih lengkap mengenai khasiat perubatan bahan rempah ratus ini.

Satu perkara yang jelas ialah kegunaan sesuatu bahan dalam perubatan herba lebih banyak berasaskan pengalaman. Akhir-akhir ini, apabila ia dibawa masuk ke makmal, banyaklah bukti-bukti saintifik dikemukakan bagi menyokong penggunaannya. Demikianlah halnya dengan lada hitam.Nama saintifik lada hitam iaitu , sebenarnya juga merupakan nama remedi homeopati yang selalunya dikekalkan dengan nama asalnya. Sesuai dengan sebutan “lada hitam”, ia juga lebih mudah dikenali atau dicamkan apabila disebut “black pepper”. Jenama ini bernilai komersil baik di peringkat pasar malam maupun pasar raya.

Salah satu khasiat yang disebutkan di dalam Utusan Malaysia (9 April 2002) terdahulu ialah kemampuannya mengubati pening kepala. Pernyataan yang umum itu memang biasa dengan tabiat merawat yang mengidentifikasikan ubat dengan jenis sakit atau penyakit. Tetapi hal ini sebenarnya diberikan dengan agak terperinci di dalam materia medika homeopati.

Mengikut Dr. W. Boericke, simptom sakit kepala Piper nigrum ialah sakit kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.Sebahagian simptom yang dinyatakan di atas agak terperinci berbanding setakat penyataan sakit kepala. Ini adalah justeru para penguji remedi homeopati mencatat dengan halusi dan terperinci setiap simptom yang dirasakan ketika menguji satu-satu bahan.

Selain daripada sakit kepala, terdapat beberapa simptom lain yang mungkin berhubungan dengan kegunaannya dalam perubatan herba, Antara catatan yang boleh dipetik daripada materia medika Boericke ialah kegunaan Piper nigrum dalam kes-kes gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagi sesetengah kes dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada.

Tentang kegunaannya sebagai ubat melawaskan kencing, keterangan simptom dalam perubatan homeopati yang boleh membantu menunjukkan kesesuaiannya ialah apabila terdapat simptom-simptom berikut: rasa membakar di dalam pundi dan saluran kencing, sukar untuk kencing, ataupun bila pundi kencing rasa penuh dan membengkak. Pesakit mungkin timbul rasa hendak kencing tetapi kerapkali kencing tidak keluar.


PENGENALAN

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah.

Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

SERANGAN PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.

Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

FAKTOR PENYEBAB

1. Asap rokok

· Mempercepatkan pembekuan darah
· Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
· Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

2. Tekanan Perasaan

· Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup
jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya juga
meningkat.

3. Kandungan Lemak Yang Tinggi
· Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

4. Kurang bersenam

· Senaman penting untuk menguatkan jantung.
· Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
jantung. Bersenamlah.
5. Darah Tinggi
· Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
· Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
· Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

6. Kencing Manis

· Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN KEMUNGKINAN MENGHADAPI PENYAKIT JANTUNG KORONARI

· Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.

· Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.

· Jika anda merokok.

· Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.

· Jika anda mengidap penyakit kencing manis.

· Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.

· Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.

· Jika anda kurang bersenam.

· Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG.

  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya. Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
  • Monday, September 22, 2008

    Buah Ceri


    Tahukah anda bahawa buah ceri mengandungi ‘anthocyanin’ iaitu pigmen wama merah yang baik untuk kesihatan? la memiliki efek yang lebih bagus dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit. Walau bagaimanapun, ceri tidak boleh diolah dengan suhu yang terialu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan ‘anthocyanin’ di dalamnya.


    Ceri kaya dengan antioksida. la membantu mencegah atau memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas.

    Ceri kaya dengan flavonoid’. Penyelidik mendapati ‘flavonoid’ dalam ceri adalah
    agen antikanser yang pating tuten.

    Ceri mengandungi ‘anthocyanin’ dan ‘bioflavonoid’ yang membantu melegakan dan menghalang ‘artritis’ dan gout, la juga membantu menyingkirkan migrain.

    • Ceri mengandungi ‘melatonin’. la membantu kita memperotehi tidur yang berkualiti.


    Bual-Buahan Kering
    Buah-buahan kering sememangnya menjadi altematif kepada buah-buahan segar. la bukan hanya tidak mengandungi kesan sampingan malah berkhasiat dan memberikan tenaga kepada tubuh. Selain itu, ia juga kaya dengan sumber mineral, vitamin dan enzim. Malahan, mudah dihadam dan membersihkan darah dan kawasan penghadaman. Antara kandungan lain yang terkandung di dalamnya termasuklah vitamin A, B1, B2, B3, B6, asid ‘Pantothenic’, kalsium, zat besi, ‘magnesium, ‘fosforus’, ‘potassium’, ’sodium’, ‘copper1 dan ‘manganese’.


    Yogurt Ceri

    Yogurt merupakan makanan kesihatan untuk perut. Yogurt merupakan makanan kesihatan untuk perut. Yogurt yang mempunyai bakteria baik (probiotic) yang akan menyihatkan kesihatan
    usus. Pengambilan yogurt termasuklah dari pelbagai perasa seperti ceri, anggur, mangga dan sebagainya secara kerap mampu meningkatkan kandungan bakteria baik ini dan ia boieh mengatasi jumlah bakteria jahat. Dengan ini ia akan memastikan toksin hasil bakteria jahat dikawal dan dikurangkan. Pemakanan yogurt juga dapat membantu proses penghadaman dan proses membuang ketuian. Perut yang sihat akan meningkatkan tahap kesihatan dan sistern pertahanan badan.Terdapat juga kajian yang mendapati pengambilan yogurt oleh wanita sebanyak dua bekas kecil atau 250gm setiap hari membantu mengekalkan flora faraj wanita. Keputihan dan bau yang kurang menyenangkan juga dapat dihindarkan.

    Petua Imam Syafie 4 perkara untuk sihat



    Empat perkara menguatkan badan
    1. makan daging
    2. memakai haruman
    3. kerap mandi
    4. berpakaian dari kapas

    Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh)
    2. selalu cemas
    3. banyak minum air ketika makan
    4. banyak makan bahan yang masam

    Empat perkara menajamkan mata
    1. duduk mengadap kiblat
    2. bercelak sebelum tidur
    3. memandang yang hijau
    4. berpakaian bersih

    Empat perkara merosakkan mata
    1. memandang najis
    2. melihat orang dibunuh
    3. melihat kemaluan
    4. membelakangi kiblat

    Empat perkara menajamkan fikiran
    1. tidak banyak berbual kosong
    2. rajin bersugi (gosok gigi)
    3. bercakap dengan orang soleh
    4. bergaul dengan para ulama

    Sunday, September 21, 2008

    Hikmah Makanan Dalam Islam (2)


    Terung (badhijan)
    Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.


    Telur (baydah)
    Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


    “Endive” (hindiba)
    Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.


    Fenugreek (Hulbah)
    Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).


    Buah Ara fig (fin)
    Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.


    Ikan (samak)
    Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.


    Bawang putih (thum)
    Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”


    Minyak sapi (samn)
    Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.


    Halia (zanjabil)
    Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.


    Inai (hinna)
    Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.


    Madu lebah(a’sal)
    Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


    Kekacang (a’das)
    Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.


    Salad (khass)
    Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.


    Daging (lahm)
    Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


    Daging kuda:
    Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

    Hikmah Makanan Dalam Islam (1)

    Roti (khubz)
    Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.


    Jintan Manis (anisun)
    Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


    Epal (tuffah)
    Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


    Asparagus (hiyawn)
    Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


    Pisang (mawz)
    Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


    Barli (sya’ir)
    Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.


    Selasih (manis rayhan)
    Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.


    Mentega (zubdah)
    Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.


    Bunga kubis (qunnabit)
    Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.


    Chamomile (babunaj)
    Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.


    Lobak merah
    Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

    Biji kopi (qahwah)
    Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.


    Biji hitam (habb al sauda)
    Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.


    Ayam (dajaj)
    Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.


    Kulit kayu manis (darchini)
    Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.


    Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.


    Timun (qitta’)
    Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.


    Jintan putih (kammun)
    Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.


    Tamar kering (tamr)
    Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

    Kekalkan Zat Sayur


    Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :

    • Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
    • Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
    • Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
    • Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
    • Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
    • Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
    • Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.

    Saturday, September 20, 2008

    Cerita Petua Nabi Muhammad SAW


    Seorang tabib dihantar oleh Penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang di arahkan oleh Tuannya.

    Dengan keraguan yang menyelimuti hati dan fikirannya, Tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan kepastian yang jelas.

    Dia bertanya Nabi Muhammad SAW, “Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?”

    “Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib.” Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas.

    Tabib bertanya lagi, “Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya ?”

    Nabi menjelaskan “Sebab penduduk Madinah tidak ada seorang pun yang sakit.”

    Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.”

    Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
    Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalag orang tua. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

    Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, “Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?”

    Nabi menerangkan, “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang.
    Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik.
    Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

    Khasiat Madu Lebah


    A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
    1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
    2. Memulihkan sel-sel urat besar.
    3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
    4. Merangsang tenaga batin.



    B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
    1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
    2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
    3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
    4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



    1. BAYI/KANAK-KANAK:
    a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
    b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
    c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
    d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


    2. REMAJA:
    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.



    3. WANITA:
    a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
    b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.



    4. LELAKI:
    a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
    b) Menguatkan tenaga batin.



    5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)



    6. UNTUK SEMUA:
    a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
    b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
    c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
    d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
    e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
    f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
    g) Memulihkan batuk dan lelah.
    h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
    i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
    j) Baik untuk perempuan bersalin.
    k) Membantu/menerangkan pemandangan.



    7. IBU MENGANDUNG
    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.



    8. ANAK DALAM KANDUNGAN
    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman.
    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.



    9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    4. Mengelak dari kembung perut bayi.



    10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


    CARA MENGGUNAKANNYA

    1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
    2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
    3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
    4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
    5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
    6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
    7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
    8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
    9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


    “MIRACLE ANTIBI0TIK”

    SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
    dan luka terlindung dari kuman.
    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
    lain-lain.
    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.


    MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
    a) Makan bersama roti / biskut.
    b) Bahan membuat kuih / kek.
    c) Goreng atau panggang ayam.

    Perhatian:
    Jangan disimpan dalam peti sejuk.
    elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
    elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
    jauhkan dari litar elektrik.
    kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
    jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

    Friday, September 19, 2008

    Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?


    Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

    Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

    Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

    Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

    Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

    Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

    Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
    elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

    Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

    Mengapa Orang Bijak Tidak Berpeluh ?






















    Adakah anda pernah melihat seseorang berpeluh dengan agak banyak semasa menduduki peperiksaan ? dan adakah anda melihat seseorang yang tersangat ‘cool’ semasa menduduki exam ? adakah ini juga terjadi kepada anda ? Mungkin sedikit fakta yang akan diberikan memberi sedikit input kepada anda yang pernah mengalami atau melihat kejadian sebegini.Mengapakah mereka yang bijak kelihatan tenang ketika menduduki peperiksaan, sementara mereka yang kurang bijak agak berpeluh-peluh ?

    “ini kerana mereka yang bijak tidak memerlukan tenaga” kata Richard J. Hier dari Universiti California. dalam kajian yang menggunakan Tomographer Pancaran Positron iaitu sejenis alat pengimbas yang dapat mengesan apa yang berlaku dlam otak, Heier telah membuat kajian terhadap 17 orang. Dia meminta mereka makan sejenis gula yang ditandakan dengan radioaktif (sel otak akan menggunakan gula bagi mendapatkan tenaga).

    Haier telah memberi mereka beberapa soalan yang perlu dijawab. Hasilnya, dia mendapati bahawa bagi kumpulan yang bijak dan dapat menjawab dengan baik, otak mereka tidak banyak menggunakan tenaga, tetapi bagi mereka yang kurang bijak dan gagal menjawab soalan, didapati otak mereka banyak menggunakan tenaga. Ini hanya merupakan satu faktor dari berbagai jenis faktor mengapa seseorang itu berpeluh semasa menduduki exam tetapi orang yang bijak itu juga akan berpeluh jika dia tidak mengulangkaji subjek-subjek yang bakal dihadapi olehnya di dalam peperiksaan. Pendek katanya, persediaan dan ulangkaji merupakan aset berharga yang membolehkan orang yang kurang bijak bersaing dengan orang yang bijak didalam peperiksaan.

    Sebenarnya bukanlah “mengapa orang bijak tidak berpeluh ?” tetapi yang sebetulnya “mengapa orang yang bersedia tidak berpeluh?” :D. Inilah kebenaran. bila kita bersedia, kita tidak akan gelabah. Bila kita tidak gelabah hormon adrenaline tidak banyak dirembeskan dan bila kurang hormon dirembeskan, kurang metabolisme badan berlaku yang menakibatkan kurangnye peluh keluar.

    Ahli Fizik dan “manusia paling bijak” pada abad ke-20; Albert Einstein tidaklah mengatakan bahawa orang yang bijak itu adalah kerana “gifted” tetapi dia mengatakan bahawa orang yang bijak dan mampu berjaya adalah orang yang mempunyai 99% daya usaha dan hanya 1% inspirasi kejayaannya. Bukan dengan hanya angan-angan mat jenin. Kesian mat jenin, mangsa keadaan yang menunjukkan manusia itu suka berangan-angan :D.

    Sudah menjadi lumrah alam atau dikenali sbg sunnatullah, jika kita bersedia untuk berdepan dengan apa yang kita bimbangkan, kita akan berjaya mengatasinya. Jarang-jarang kita akan kecundang dan tewas. Tetapi ini tidak bermaksud kita akan selalu menang dalam setiap cabaran dan liku. Jika kita masih tewas apabila sudah “mengasah pedang”, mungkin ini merupakan satu ujian dari Allah SWT terhadap hambaNya untuk menguji sejauh mana hambaNya ingat pada Nya ketika dia dalam kesusahan.

    Sesudah kita diberi nikmat, Dia akn menguji kita dengan menarik semula nikmat itu. Itulah faktanya, itulah dalilnya. Secara tuntasnya, kita perlu bersedia dalam semua perkara yang melibatkan proses persediaan dan pengaturan tetapi kita juga perlu berlatih cara-cara untuk menjadi spontaneous. Jika seseorang yang kurang bijak bersedia, tidak mustahil dia akan menewaskan orang yang bijak dengan cara terhormat ! :D

    Thursday, September 18, 2008

    Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

    Kapsul minyak ikan.penuh dengan Vitamin

    Inuits, satu kaum Eskimo di Greenland, mempunyai 42 perkataan untuk salji tetapi tidak mempunyai satu patah perkataan pun untuk penyakit jantung. Mengikut Dr. Caroline Shreeve, kaum Inuit jarang mendapat mana-mana jenis penyakit jantung. Sebabnya, makanan utama mereka adalah lemak dan daging singa laut dam ikan air sejuk.

    Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:

    Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

    Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.

    EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.

    Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan minyak ikan. Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.

    Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar).

    Wednesday, September 17, 2008

    Cacing dan Arak

    Satu pagi kat sebuah sekolah rendah, Seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak - anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.
    Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup sebagai sampel kehidupan dan 2 gelas minuman yang masing masing berisi dengan air mineral dan arak.

    Cuba perhatikan murid - murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul betul. Cacing yang di sebelah kanan saya akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang di sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul - betul “Semua mata tertumpu kepada kedua dua ekor cacing tersebut.

    Seperti yang telah dijangkakan, cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang - renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak - anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikajinya

    Baiklah murid - murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi Dengan penuh yakin anak - anak muridnya menjawab,

    “UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN DI DALAM PERUT..MINUMLAH ARAK… ”

    Guru: “Hancur! Hancur!!! Gelap masa depan korang..”

    Mudharat Alkohol



    Para pengkaji perubatan di Australia telah membuktikan bahawa kesan daripada kekerapan meminum alkohol ialah ia boleh mengecutkan otak. Ini berdasarkan kajian yang dijalankan keatas 44 orang yang berumur dalam lingkungan 58 tahun.

    setengah dari mereka dikelaskan sebagai “kaki botol” berumur antara 30 hingga 40 tahun. setelah mereka meninggal dunia, otak mereka telah dikeluarkan untuk dibuat kajian. otak tersebut ditimbang dan hasilnya terdapat satu perbezaan. kumpulan “kaki botol” mempunyai otak seberat 1,315 gram, sementara kumpulan yang tidak meminum alkohol atau minum dengan kadar yang sederhana, berat otak mereka ialah 1,420 gram.

    kesimpulan dari kajian ini ialah mereka yang kerap meminum alkohol mendapat risiko menghidap berbagai jenis penyakit samada dari sudut fizikal mahupun mental yang teruk.Istimewanya, Umat Islam telah dilarang keras daripada menghampiri arak apatah lagi meminumnya.

    Jelas disini bahawa Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad S.A.w 1400 tahun yang lalu adalah syumul dan diturunkan dari Pencipta Alam Yang Esa telah terlebih dahulu mengenal pasti keburukan minuman yang bergelar Arak@Wine@Beer@Champagne@Alkohol@Wisky@Barrcaddy@Air Najis Syaitan ini… :)







    Kita juga sedia maklum bahawa alkohol iaitu etanol yang mempunyai struktur sebatian CH3Ch2OH mampu menjadi antiseptik yang berkuasa menghindarkan bakteria. bayangkan jika etanol tersebut diminum menjadi minuman oleh si kaki botol yang tegar ? sudah tentu hampir smua bakteria penghadam atau decomposer didalam usus iaitu bermula dari duodenum(usus kecil) hinga ke rektum(usus besar) dimusnahkan.

    Nah, makanan yang dimakan tidak akan dapat dicerna dengan mudah. Ini akn mengakibatkan timbulnya penyakit2 “fatal” yang menyebabkan kesan yang tidak dapat dijangka.. :)

    Perokok, Rokok dan Polonium



    Rokok beradioaktif?…macam tak boleh percaya,tapi inilah kenyataan dan suatu kajian telah dijalankan ke atas seorang perokok. NIKOTINA merupakan elemen berbahaya kepada tubuh badan.Kita selalu dengar Tak Nak! di media dan papan-papan tanda jalan raya,namun segelintir masyarakat tidak dapat mengubah tabiat yang telah lama berakar-umbi di hati.Fuuuuhhhh….asap dikeluarkan menandakan nikmat dari rokok yang sedang membakar,tetapi ingat bekas ejen KGB,Alexender Litvinenko mengalami keracunan yang sama dengan kuantiti racun di dalam rokok.Kematian beliau dikatakan berkait rapat dengan Arsenik dan ianya merupakan salah satu dari bahan aktif yang dijumpai didalam rokok. Rokok juga mengandungi paras POLONIUM…Apa itu Polonium ?

    Penyelidik di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati perokok menyedut purata kira-kira 0.04 picocurie polonium 210 bagi setiap sebatang rokok.[1 picocurie adalah pecahan daripada trilion curie.Curie adlah nama unit radiasi bagi penemu polonium,Marie dan Piere Curie].Adakah kalian pernah mempelajari Fizik bab akhir Form 5?.Konsepnya sama apabila Polonium 210 mempunyai separu hayat kira-kira 138 hari….bermakna ia adalah beribu-ribu kali lebih radioaktif berbanding bahan api nuklear yang digunakan dalam bom atom yang awal.Hebat juga ya ROKOK anda…bahannya sudah cukup untuk mencairkan sel-sel peparu.

    Setiap batang rokok yang disedut oleh anda mengandungi suku curie yang merupakan salah satu daripada radioaktif paling beracun di dunia selain Tar,Nikotina,dan Sianida.Jadi jika ada diantara kalian yang menghisap rokok atau membaca artikel sambil menyedut rokok bermakna jasad anda terdedah kepada dos yang bersamaan kira-kira 300 kali x-ray anda.Toksin di dalam batang rokok ini telah menyebabkan banyak kematian akibat merokok yang boleh dikaitkan dengan polonium.Apabila sudah gentar dengan berita sedemikian pelbagai syarikat pengedar dan pembuat rokok telah melakukan operasi secara sistemetik dan dalam pelbagai cara untuk mengelakkan dari diketahui seluruh masyarakat dunia.

    Terbaru,syarikat tembakau tidak hanya meningkatkan paras nikotina tetapi mengubah suai beberapa ciri batang rokok untuk meningkatkan bilangan hembusan bagi setiap rokok.Perkara ini telah didedahkan oleh penyelidik yang melakukan kajian di Sekolah Kesihatan Awam Harvard [HSPH],yang diketuai oleh Howard Koh dan beberapa orang pegawai. beliau telah menggelar rokok sebagai “direka khusus,untuk mengekalkan wabak tembakau”.Syarikat tembakau telah meningkatkan dadah nikotina tahun demi tahun dalam rokok mereka,tanpa memberi amaran kepada penggunanya. Tanpa diketahui, anda sebagai perokok telah digunakan sebagai pihak yang mengayakan “tukang buat rokok”. Mereka membuat keuntungan dengan menyebabkan kesusahan dan penderitaan kepada orang lain. Sedarkah anda ? :)

    Firman Allah S.W.T dalam ayat 195 surah Al-Baqarah yang bermaksud :
    “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

    Setinta Petua Kesihatan Untuk Anda



    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda pelawat creamstudents.com yang saya hormati. Adakah pada masa ini anda sihat dan dapat melakukan aktiviti harian anda dengan tenang ? Atau anda kurang sihat sihat pada ketika ni ?

    Bagi diri saya, apabila sesiapa menyebut tentang kesihatan, saya akan terbangkan memori saya kembali kepada kisah Nabi Ayub Alaihi Salam yang mana ketika baginda ditimpa penyakit yang sangat teruk. Penyakit ini begitu teruk sehinggakan yang tinggal dibadannya adalah lidah dan hati untuk mengingati Allah SWT.

    Semua anak2nya dimatikan, harta2nya di musnahkan dan isteri2nya melarikan diri kecuali seorang. Bagi Nabi Ayub, semua dugaan yang menimpa dirinya adalah ujian dari Allah untuk menguji ketaatan dan kesabaran hamba-hambaNya yang terpilih.

    Tika isterinya merungut tentang tahap kesihatan Nabi Ayub AS yang kian lama kian menurun, saya tertarik dengan persoalan yang Nabi Ayub lafaskan kembali…

    “Berapa lamakah kita hidup senang, dan berapa lamakah pula kita hidup menderita ?”

    Sememangnya bila kita menghidapi penyakit, kita perlu berusaha mencari penawarnya. Itu merupakan fitrah bagi kita manusia. Tapi bagi mereka yang cekal dan dipilih oleh Allah SWT, kesakitan itu lebih disukai daripada kesihatan kerana dugaan kesakitan itu lebih mendekatkan dirinya kepada Tuhan manakala dugaan kesihatan itu rata2nya akan menyebabkan manusia jauh dari mengingati Tuhannya.

    Disini, suka saya membawakan sedikit petua kesihatan untuk anda :

    1. Ikan merupakan makanan yang baik, penuh dengan nutrien, tetapi malangnya, ia juga mengalami pencemaran badan dan boleh menjadi sumber logam berat, jadi pakar pemakanan sedunia menghadkan pengambilan ikan tidak lebih dari dua kali seminggu.
    2. Minyak zaitun dan kanola(sumber omega3) merupakan minyak masak terbaik kerana ianya mengandungi tahap tertinggi lemak tidak tepu.
    3. Lelaki dan wanita yang berumur melebihi 50 tahun mestilah mengelak daripada paras zat besi terlalu tinggi dalam tambahan pemakanan mereka. Cari multivitamin dan mineral tambahan yang mempunyai tidak lebih dari 5 mg zat besi
    4. Semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah paling berkhasiat apabila dihidangkan secara mentah. Cara memasak yang terbaik adalah dengan mengukus dengan menggunakan air yang sedikit.
    5. Nutrien buah-buahan serta sayur-sayuran kebanyakannya tersimpan dibawah kulit, jadi elakkan mengupas kulit jika mungkin.

    Kesimpulannya : sama-samalah kita menjaga kesihatan yang tidak tahu sampai bila ia akan terus sihat.(^_^)

    BlogMalaysia.com