nuffnang

Search This Blog

Wednesday, October 8, 2008

Kasih Sayang dan Kesihatan

Percaya tak kalau saya kata kasih sayang boleh membuat seseorang itu kekal sihat? Percaya atau tidak itulah hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh beberapa pakar kesihatan. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kasih sayang dapat memberi kekuatan kepada sistem imun, pertahanan badan daripada serangan penyakit.

"Apabila anda merasa diri dikasihi, ditatang, dijaga atau dibantu, kemungkinan besar anda akan hidup lebih sihat dan gembira," kata Dr. Dean Ornish. "Anda mempunyai risiko rendah mendapat penyakit dan, jika anda mendapat penyakit, mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh".

Ini pula pengalaman seorang doktor di Malaysia:

"Seorang wanita berusia pertengahan 30 tahun datang berjumpa saya kerana masalah asma. Beliau tidak pernah mendapat asma sebelum ini. Apabila saya periksa, saya dapati beliau mempunyai gejala asma bronkus. Saya berikan dia ubat asma dan meminta dia datang semula dalam masa seminggu untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas seminggu saya dapati tiada perubahan dan saya memberinya ubat lain. Seminggu kemudian dia datang lagi, juga tiada apa-apa perubahan. Nafasnya masih lagi berdesit bunyinya.

Saya bertanya apa yang berlaku sebelum beliau mendapat asma dan beliau terus menangis...

Rupanya beliau telah keguguran dua minggu sebelum mendapat serangan asma. Beliau menyalahkan diri sendiri di atas apa yang telah terjadi. Untuk memburukkan lagi keadaan, suami beliau enggan bercakap dengan beliau selepas kejadian itu.

Saya membiarkan beliau meluah perasaan dan kesedihan beliau.Sehelai demi sehelai tisu dihabiskannya. Kemudian saya beri keyakinan bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Sebulan kemudian beliau kembali ke klinik saya dan memberitahu asma beliau telah hilang walaupun beliau tidak memakan ubat yang diberikan. Semua gejala asma hilang selepas konsultasi terakhir dengan saya."

Ini bukannya satu-satu kes yang ditangani oleh doktor tersebut. Beliau mendapati ramai lagi pesakit yang mempunyai masalah serupa dan memperolehi hasil yang serupa.

Oleh itu, berilah kasih sayang kepada yang memerlukan. Ia adalah hadiah yang tak ternilai harganya.

Tuesday, October 7, 2008

Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

Monday, October 6, 2008

Jus Jambu: rawat demam denggi berdarah


Tahukah anda manfaat jus jambu? Apatah lagi ketika keadaan cuaca dan musim hujan yang tidak menentu sering mengundang pelbagai penyakit. Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit demam denggi. Demam denggi ialah penyakit yang diakibatkan oleh virus denggi. Virus ini masuk ke dalam darah dan menyerang dinding darah melalui gigitan nyamuk. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan terjadinya pendarahan pada organ tubuh lain seprti ginjal, paru-paru dan akan mengakibatkan muntah darah. Untuk itu, pada tahap awal, virus dalam badan perlu dineutralkan untuk melawan penyakit agar mendapat daya tahan tubuh yang baik. Jus buah jambu ini dianggap dapat mengubati penyakit yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Ini kerana ,jus jambu adalah kumpulan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C yang mampu menghasilkan daya tahan tubuh untuk melawan virus denggi. Ketahui simptom demam denggi berdarah.

  • Demam mendadak
  • Demam disertai kemerahan pada wajah dan leher serta muntah. Timbul pendarahan, baik dari gigi, mulut, hidung, kulit atau tinja(najis)

BlogMalaysia.com